Nasdaq mingguan:
Kelihatan Nasdaq sudah menyiapkan gelombang ketiga dalam darjah yang besar. Gelombang ketiga ini seakan sudah terhenti di paras 50% projeksi fibonacci (hubungan gelombang 5 = 50% gelombang 1 - gelombang 3).
Nasdaq sudah naik secara agresif dalam darjah kenaikan yang tinggi, hampir 90 darjah!
Pada ketika ini, admin ingin menyaksikan satu kejatuhan sekurang kurangnya 23.6% hingga 38.2% dari kenaikan sejak 2008. Bermakna hampir 3000 mata!
Sekiranya paras fibonacci 50% dibolosi, maka admin hampir pasti Nasdaq ingin mencari paras 61.8% untuk melengkapkan kitaran kenaikan.
Bersedialah.
Abang Doji.