MYEG, mana yang ada position dalam MYEG aku nasihatkan untuk Take Profit atau Cut Loss, sebab MYEG akan buat correction, mana aku tahu? Tengok candle yang terbentuk pada 1/4/2020, candle apa tu? Orang Jepun panggil "GRAVESTONE DOJI", korang boleh Google chart pattern bila candle ni keluar, akan berlaku correction.
Aku nasihat siap sedia tadah di harga support, mana harga support? Jap aku tarik Fibonacci Retracement, mungkin akan jatuh di area Fibo 61.8% (RM0.92), jangan confident sangat korang entry all in, masuk half dulu, kalau dia terlebih turun entry lagi untuk averaging. Tahu averaging? Kalau tak tahu, korang bukak youtube berlambak sifu-sifu ajar.
Itu sahaja aku boleh komen, selamat maju jaya gais, nasihat saya, jangan tergopoh gapah kejar harga, belajar kasi pandai, biar melabur, jangan melebur. LOL